Tuesday, April 29, 2014

Mr Gentleman

be safe there and I just want you to be right back by my side safely.

I know Allah will always taking care of you.


Tuesday, January 10, 2012

you mean everything to me, abah





abah,
yang tak pernah berhenti memberi aku semangat.
yang tak pernah leka dengan pendidikan anak anaknya.
yang tak pernah sedetik pun melupakan kebajikan anak anaknya.
yang tak pernah sekalipun menuruti keinginannya melebihi keinginan anak anaknya. terutamanya aku.


abah,
selalu jerit supaya aku tak leka.
selalu risau makan minumku terjaga atau tidak.
selalu minta aku tak putus asa dalam pelajaran.
selalu jaga pergaulanku.
selalu berkorban untukku, walau aku tak pernah beri apa apa untuk abah.


kadang kadang memang tak pernah nampak abah senyum bila hati dan fikirannya asyik fikir tentang anak anak, cukupkah makan pakai anak anakku, cukupkah duit anak anakku, selesakah anak anakku, dan macam macam lagi. semua tentang anak anak abah.


teringat pertama kali aku masuk universiti. bersinar sinar muka abah tak tergambar betapa gembiranya abah.
walau aku tek pernah bagi abah keputusan yang boleh buat abah tersenyum. abah tetap sentiasa bagi aku semangat. nasihat dan galakan. tak pernah menjerit walaupun dapat surat dari dekan tentang keputusan aku yang buruk.


masa aku tadika, abahlah yang mandikan aku, pakaikan aku baju tadika yang setiap hari terbalik. dulu tadika kemas baju kurungnya kotak kotak warna merah. butang baju di belakang. tapi abah selalu cakap, baju kurung butang kat depan. setiap hari sampai kelas mesti cikgu tukarkan.


masa tingkatan 5 ade program akujanji pelajar untuk spm. abah kata taknak datang sebab result aku tak bagus. malu kata abah. tapi tiba tiba abah yang muncul demi aku.


abah yang selalu suruh tidur dalam bilik tidur dia bila aku merungut aircond bilik tak sejuk.


teringat juga masa aku nak ke turki hari tu. risaunya abah untuk lepaskan aku. panjanggggggggggggggggggggg nasihat, arahan dan larangan. jangan pergi mana mana sorang sorang. jangan lupa pakai baju banyak lapis. jangan lupa call setiap hari or mak akan call setiap hari. pegang duit elok elok. macam macam lagi.


abah, orang yang terlalu merendah diri.
orang yang sentiasa pemurah (but not with his kids)
orang yang disenangi ramai orang.
orang yang banyak berkorban untuk keluarga.
orang yang sangat patuh pada ibunya.
orang yang terlalu bekerja keras untuk anak anaknya.


abah on a boat ride. on our way to manukan, sapi and gaya islands in Sabah. july 2011






abah, happy belated birthday. semoga Allah merahmati abah. semoga Allah membalas jasa abah yang tidak tergambar besarnya. semoga Allah panjang umur dan domurahkan rezeki.dijauhi dari bala bencana dan penyakit. I love you so much abah.


doa dari aku buat abah.

Sunday, December 04, 2011

Ya Rabb

Ya Allah Ya Rabb,
jadikan aku perempuan mulia di kalanganMu,
jadikan aku prempuan bersih hatinya,
jadikan aku perempuan taat kepada penciptanya,
jadikan aku perempuan kuat di jalanMu.

Ya Allah Ya Rahim,
tidakku mampu berdiri tanpa cahaya Mu,
tidakku mampu hidup tanpa berkahMu,
tidakku mampu bernafas tanpa mukjizatMu.

Ya Allah Ya Rahman,
sejujurnya tiap detik nadiku,adalah namaMu bermain main melingkari setiap urat saraf, memberi zatMu yang tidak ternilai agungnya,memberi aku setitik tenaga yang besar nikmatnya, menguatkan langkahku untuk ke jalanMu.

Ya Allah Ya Quddus,
beri aku cahayaMu,
ampuni khilafku,
berkati jalan hidupku,
Amin,Ya Rabbal Alamin...

Thursday, January 27, 2011

cinta

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum: 21)

Friday, April 16, 2010

kenapa bila kita terjumpa sekali lagi sesuatu,
ia akan buat kita terfikirkan tentangnya?


kenapa bila kita tak mahukan sesuatu tu,
tapi kita terpaksa pegang ia tak bagi lepas?


kenapa hati kita sering kali berubah?


kenapa hati kita sering sakit dengan sesuatu yang sedia ada?


kenapa kita sering teringat kenangan dulu?


kenapa sesuatu yang kita nak sangat lupakan tetapi ia datang menghantui kita..


sehingga ke dalam mimpi..


sehingga ke dalam anganan kita..


sehingga ke dalam diri kita..


saya letih...


hmmmmmmmmmmm..............